Tuesday 24 July 2012

khasiat kangkung...

salam ramadhan...........dah berkurun aku x write something...bz sketla kat opis sb nk dptkan sijil 5S...itu nk kena balut....ini nk kena balut huhu...mcm kt skola tadika la pla.......

wokehla..........kali ni aku nak share pasal kangkung...sape x suke kangkung..sedap oooo lebih2 lg klu msk kangkung belacan kannn...cair liur dlm julut hikhikhik.....batal pose....ok la kalau nk tau khasiat kangkung ni haaa...jomm.. teruskan bacaaan kalian ye...

1. membantu pelawasan...time pose2 ni sistem pelawasan confirm ada problem...klu ada bolehla try makan kangkung banyak-banyak....

2. sesiapa yang ada insomnia boleh try makan kangkung kerana sayuran ini mempunyai agen sedatif iaitu agen penenang semulajadi...hmmm.....

3. bagi mereka yg sering lemah badan tu pown bole cube....pada pompuan yg ada masalah keputihan tu boleh juga makan kangkung sebagai alternatif selain ubat saintifik

4. kangkung juga mempunyai magik untuk meredakan pembengkakan, terseliuh, bisul dan juga jangkitan kulit.

5. kangkung juga membantu dalam pelancaran haid dan merawat hidung berdarah....

6. sayuran kampung ini juga boleh membantu meredakan sakit kepala, sakit gigi dan juga mengatasi masalah kelemumur. ia juga boleh melembutkan rambut.

7. membantu melawaskan kencing..

8. membantu meredakan cirit-birit dan jug akibat keracunan makanan.....

okeh...itu je info yang dapat aku share.....buat masa ni...so....see you next time...

Friday 8 June 2012

Kebaikan vitamin C

agak lama juga tinta x mencoret2 dlm blog ni....nak kata sibuk x juge tp masa tu x de..huhu....boleh terima x alasan tu...ok la kali ni tinta nk kongsi dgn u all tentang kebaikan yg ada dlm vitamin C.

hmmm....klu ckp pasal vitamin C pasti ramai antara kita teringat kan buah oren kann...sebenarnya kiwi, strawberi, tomato, ceri, pisang, epal dan brokoli juga membekalkan vitamin C....jom kita semak apa kebaikan yg boleh diberikan oleh vitamin C.

1. BOLEH MELEMBABKAN KULIT :-
- kerana vitamin C merupakan anti oksida yg boleh membantu mengurangkan kadar kerosakan pada kulit. ia juga mampu memperbaiki kerosakan DNA.

2. MENGURANGKAN RISIKO DIEBETES
- peningkatan kadar vitamin C dalam darah mampu mencegah perkembangan diebetes tahap 2 (menurut kajian University of cambridge)

3. MENURUNKAN TEKANAN DARAH
- wanita yg mengamalkan pengambilan vitamin c tidak akan menghadapi masalah tekanan darah rendah. so para wanita apa lg.....kasi makan sama dia itu vitamin c....

4. MENGURANGKAN GEJALA SELSEMA
- kerana vitamin c akan bertindak sebagai anti histamin (yg digunakan untuk mengawal alahan) yg wujud sebelum dijangkiti selsema atau demam. ia juga boleh memendekkan jangka masa menghidap selsema. kalau x mau selsema berlarutan rajin2 lah makan makanan yg berasaskan vitamin c

5. MENCEGAH PENYAKIT JANTUNG.
- ini penting yeee.....sekiranya seorang wanita mengambil vitamin c kurang daripada 56 mg sehari maka, risiko utk mendapat sakit jantung agak tinggi....takutnyeee.......nk makan byk vitamin c la tp x suke makan limau atau oren cam ner tu?hmmm makan epal la banyak2.....:)

Monday 14 May 2012

kuruskan kaki, ratakan perut dan kecikkan lengan...tanpa senaman

fuhhh.....tajuk....mcm best je kannn...tapi boleh ke buat semua tu tanpa senaman...urmmm.....boleh dengan beberapa pakaian yg sesuai. caranya....jom....baca sampai habis.....

pertama.....kita mesti ada korset...itu benda yang paling penting sekali...alah...artis hollywood pun pakai gak...artis kat malaysia pun pakai gak...jangan risau. so, kalau dah artis pakai benda ni tak lah salah kalau kita simpan satu untuk kegunaan sendiri kan..........

kalau nak cover perut yang ada spare tyre tu ini caranya. pilih baju yang mempunyai ikatan jerut di bahagian pinggangnya..........pakailah dengan seluar yang mempunyai pinggan tinggi......

kecilkan pinggang?...ini caranya....pakai tali pinggang betul-betul di atas pinggang setiap kali memakai gaun atau baju. tak percaya cubalah......trick ni...berkesan...

nak kecikkan saiz betis pula...okey....u all cuma perlu pakai high heel je...tak payahla pakai tumit yg runcing tu..nanti jatuh pula..tapi kalau dah biasa tu...x apa lah....kita akan rasa anggun dan yakin....

pakai seluar hitam yg ketat ataupun pilih legging je...sekarangkan famous legging ni...apa kata anda cuba sehelai...seluar yang berwarna gelap akan memberikan bayangan kaki kecil dan kurus...

haaaa..itu antara trick-trick mudah yang boleh kita aplikasikan dalam kegiatan seharian kita yee...mudahkan...hmmm...selamat mencuba...

 

Friday 4 May 2012

AKTIVITI MENYIKAT RAMBUT

haiii....kenapa dgn menyikat rambut? actually, menyikat rambut itu penting....kenapa?sebab....ia boleh melancarkan aliran darah dan nutrien di kulit kepala. kita boleh anggap menyikat rambut tu umpama mengurut kepala. kalau kita menyikat rambut sebelum cuci ata syampu rambut, ia akan menyalurkan minyak dari kulit kepala ke batang rambut dan sekaligus dapat menyihatkan rambut. cara yang terbaik untuk menyikat rambut adalah dengan membongkokkan badan dan biar rambut jatuh ke depan. haaa....jangan tak tahu menyikat rambut pun ada caranya. mulakan sikatan dengan menyikat dari bahagian tepi telinga ke tengah kepala. lepas itu, angkat badan dan sikat rambut dari atas kepala hingga ke hujung. lakukan sebanyak 20 kali. gunakan sikat yang mempunyai gigi yang besar diperbuat dari kayu yang berhujung tumpul...selamat mencuba...anda akan terasa kelainannya. tak percaya? cubalah....

Wednesday 4 April 2012

SeLumbaR oh SeLumbaR

hi....salam 1 malaysia.....kalau da jari-jemari ni menekan2 keyboard maknanya ada bendalah yang nak dikongsikan untuk you all. tengok tajuk rasanye apa benda yang kita boleh share...ahaaa...kalau nak tahu kenala baca sampai habis....actually ada 3 cara untuk menanggalkan selumbar ni....cara yang pertama adalah...kalau selumbar tu kecik, ambek pita perekat tu kemudian lekatkan pada tangan yang terkena selumber. lepas tu tanggalkan cepat-cepat. alah mcm kita guna penanggal bulu kaki tu la. lekat dan tanggal. cara yang ke-2, kalau selumber tu agak besar dan tidak terlalu dalam, boleh gunakan penyepit yang hujungnya runcing. ketipkan selumber dan tarik. cara yang ke-3, untuk selumbar yang agak dalam, celup jarum ke dalam air panas. kebaskan area yg terkena selumbar dgn semburan pelali...kalau adalah..kalau tak ada teruskan saja. pastikan jarum tidak terlalu dalam kerana dikhuatiri selumbar tu akan termasuk ke dalam lagi. korek perlahan-lahan dan tarik dengan penyepit..oekh tu je caranye...selamat mencube.....

Tuesday 3 April 2012

cara mudah mengurus tekanan.....

rasa mengantuk pula sebab sorang2 duk kat sini..kerje pun da siap..so time to write and share to u guys....this time i wanna share about how to overcome our stress....look interesting right???...i'll give 4 simple ways and we all can do it...okey lets check it out:-

1. discussion...or talk to someone/somebody that you are close to. tell her/he about ur feeling..your sadness..to your family or best friend...or you can write it down...write in a diary may be...it will make you relief and relax.but.....if your problem become havier..you supposed to see the expert or therapist because it really help.
2. calmness.....take a breath and silent for a moment. you also can listen to the soft music for the relaxation. if you want .....if not you just listen to the nature....singing of the birds....hmmm so tranquil....so quiet....so relax....don't forget to close eyes...
3. sesi kaunseling...eh.eh..eh..tadi english..tup..tup..tup..melayu pula..alah..tak apalah..nanti orang kata i lupa pla kt bahasa ibunda...okey la tuan2 dan puan2...pergila sesi kaunseling....sangat bagus boleh share masalah dgn kengkawan sesi terapi yang lain.selain sharing ble gak bagi pendapat macam mana nak solve teh problem kann...
4. last but not least, terapi tingkah laku...oppsss..mcm mana pula tu ye?..haaa..mcm ni...mudah je..jagalah tingkah laku anda. elakkan buat benda2 bodoh mcm nk bunuh diri ke, minum clorox ke..jgn sesekali pikir nak buat benda mcm tu...kita yg mati ni terseksa yang hidup pun merana...x payahla menyusahkan orangkan...elakkan terlalu banyak merokok.selalunya terjadi di kalangan lelaki kan..kaum adam ni klu stress dia boleh habiskan 2-3 kotak rokok dalam 1 hari. ada yang mungkin lebih daripada itu.jangannnn....x baik untuk kesihatan.

wokehla...itu saja info yang saya dapat share with you all for this chapter...i ingatkan nak buat cerita la on the next chapter..tapi tengah fikir lagi citer apa nak tulis.......

Monday 2 April 2012

TIPS KESIHATAN

wanita dan rawatan wajah seakan tidak boleh dipisahkan...namun, dalam keghairahan untuk merawat wajah, kita terlupa bahagian tubuh kita yang lain seperti kaki. ramai yang mengabaikan kesihatan dan penjagaan kaki walhal bahagian anggota badan inilah yang banyak berjasa kepada kita setiap saat. oleh yang demikian saya terpanggil untuk share beberapa tip yang boleh dipraktikkan sendiri di rumah. caranya sangat mudah dan tak perlu keluar budget yg besar pun...
1. rendam kaki selama 10-15 minit dengan air panas. boleh juga campurkan beberapa titik minyak pudina atau rosemary ataupun garam bukit.
2.  gosoklah kaki dengan alat khas untuk kaki untuk menanggalkan kulit mati.
3. keringkan kaki. kalau rasa-rasa kuku kaki panjang, bolehlah potong kuku tapi harus ingat hujung kuku dipotong rata, dikikir untuk mengelakkan kuku kaki tumbuh di dalam kulit.
4. lastly, sapulah losyen untuk melembabkan kaki. sambil sapu losyen tu urut-ururtlah sikit supaya peredaran darah menjadi lancar dan dapat mengurangkan kaki bengkak.

itu saja tip...senangkan..cubalah....kaki pasti akan rasa lebih selesa terutama bagi mereka yang suke memakao high heel...

Thursday 29 March 2012

BFF

apa dia BFF??? best friend forever....dulu aku pernah berpegang teguh dengan istilah bff ni. aku sayang kengkawan aku...aku sayang ikatan persahabatan yang telah terjalin walaupun berlainan negeri, berlainan karenah..aku tak kisah kerana aku memang suke berkawan. walaupun baru setahun ikatan itu terjalin tapi aku dan mereka bagaikan bertahun-tahun kenal...rapat bagaikan keluarga..susah senang bersama...canda tawa...nangis hiba semuanya bersama...apa saja yang berlaku pasti akan dikongsi bersama dari hal yang remeh hinggakan hal yang boleh dianggap personel..begitulah akrabnya aku dan mereka...tapi entah di mana silapnya aku pun tidak tahu....yang aku tahu aku telah dikhianati oleh mereka yang aku anggap bff..yang aku anggap sbg keluarga sendiri...aku sedih, kecewa, terluka sangat-sangat...peristiwa tersebut benar-benar merubah tanggapan ku terhadap istilah bff sehinggakan aku benci pada istilah bff.....selama bertahun-tahun aku tidak mempercayai istilah persahabatan......apa tragedi di sebalik kekecewaan itu? biarlah menjadi rahsia.....namun sejak kebelakangan ini ketidakpercayaan aku terhadap istilah persahabatan telah mula terhakis secara perlahan-lahan hinggakan aku terlupa tragedi itu.....terima kasih pada misz wawa kerana mengembalikan semula kepercayaan aku terhadap persahabatan.....

Wednesday 28 March 2012

amekkk mood.....




salam 1Malaysia......dah lama rasanye x update something kat blog ni...maklumlah cuti panjang....3 bulan..oppsss...cuti apa tu?? apalagi cuti bersalin + berpantanglah....alhamdulillah aku selamat melahirkan puteri ku pada 19 disember 2011 pada pukul 1.19 minit tengahari seberat 3.26kg...nama yg ku pilih adalah nurul alyaa batrisya...sekarang pada saat ini puteri comel ku telahpun berusia 3 bulan 9 hari dgn berat 5.7 kg....ni la gambar2 terbaru eycha...dgn lahirnya baby gegel ni maka lengkapla sudah kehidupan ku sbg isteri dan ibu kpd sepasang cahayamata yg comel......alhamdulillah baby eycha x banyak meragam di waktu malam....once dia da tidur..dia akan tidur sampai kul 3am..then bangun nak susu..after that sambung tidur lagi sampai jam6.30 pd hari bekerja dan 8 @ 9 am pada hari cuti...senangkan........oekhla idea pown x berapa nak ada ni baru nk warming up....i'll see u in the next chapter