Friday 8 June 2012

Kebaikan vitamin C

agak lama juga tinta x mencoret2 dlm blog ni....nak kata sibuk x juge tp masa tu x de..huhu....boleh terima x alasan tu...ok la kali ni tinta nk kongsi dgn u all tentang kebaikan yg ada dlm vitamin C.

hmmm....klu ckp pasal vitamin C pasti ramai antara kita teringat kan buah oren kann...sebenarnya kiwi, strawberi, tomato, ceri, pisang, epal dan brokoli juga membekalkan vitamin C....jom kita semak apa kebaikan yg boleh diberikan oleh vitamin C.

1. BOLEH MELEMBABKAN KULIT :-
- kerana vitamin C merupakan anti oksida yg boleh membantu mengurangkan kadar kerosakan pada kulit. ia juga mampu memperbaiki kerosakan DNA.

2. MENGURANGKAN RISIKO DIEBETES
- peningkatan kadar vitamin C dalam darah mampu mencegah perkembangan diebetes tahap 2 (menurut kajian University of cambridge)

3. MENURUNKAN TEKANAN DARAH
- wanita yg mengamalkan pengambilan vitamin c tidak akan menghadapi masalah tekanan darah rendah. so para wanita apa lg.....kasi makan sama dia itu vitamin c....

4. MENGURANGKAN GEJALA SELSEMA
- kerana vitamin c akan bertindak sebagai anti histamin (yg digunakan untuk mengawal alahan) yg wujud sebelum dijangkiti selsema atau demam. ia juga boleh memendekkan jangka masa menghidap selsema. kalau x mau selsema berlarutan rajin2 lah makan makanan yg berasaskan vitamin c

5. MENCEGAH PENYAKIT JANTUNG.
- ini penting yeee.....sekiranya seorang wanita mengambil vitamin c kurang daripada 56 mg sehari maka, risiko utk mendapat sakit jantung agak tinggi....takutnyeee.......nk makan byk vitamin c la tp x suke makan limau atau oren cam ner tu?hmmm makan epal la banyak2.....:)