Friday 1 February 2013

apa itu kolagen

salam 1Malaysia...dah masuk tahun baru dah..terlalu lama aku tak conteng2 kt blog ni kan....hmmm...x pe la waktu x begitu mengizinkan. terlalu banyak benda yg nk diurus terlalu banyak benda yg berlaku terutama di akhir 2012. wokehla...aku tak suka menulis hal2 personal terutama yg berkaitan dgn rumahtangga.....apa pun masalah yg timbul dlm rumahtangga biarlah aku selesaikan secara dalaman hehehhehe.....

okeh aku tergerak pula nak cerita sket pasal kolagen. sebab akhir2 ni kaum wanita terutamanya menjadi obses dengan kolagenkan. tidak ketinggalan juga kaum adam. ada yang ambik tahu pasal hal kolagen ni. sekarng ni aku nk kongsi citer sketla psl kolagen ni. apa itu kolagen? kolagen itu adalah sejenis bahan yang menyokong kulit kita agar sentiasa muda dan licn. namun, apabila usia semakin meningkat maka kolagen akan mula menyusut dan menghilang. akibatnya, hilanglah keanjalan kulit kita dan kedutan pula yg mengambil alih......

apa punca kehilangan kolagen selain faktor usia? ok...antara punca kehilangan kolagen adalah pendedahan kepada cahaya matahari yang melampau dan kerap, asap dan juga pencemaran. ada beberapa penyelesaian kepada masalah kehilangan kolagen. pernah dengar minuman yg berasaskan kolagen? haruslah...tengah pemes skg ni kan..kolagen sana kolagen sini tinggal pilih je. miunman kolagen ni baik untuk rambut, kuku, ligamen,urat tendon dan juga tulang. tapi ada lg satu kebaikannya yng org pompuan suka sgt nk dgr iaitu minuman kolagen boleh membantu menurunkan berat badan...haaa..macam mana? suka tak dengan kenyataan itu? selain itu ada juga kolagen yang berbentuk krim, gel, suntikan malah losyen pun ada. pilihan terletak di tangan anda......

sampai jumpa lagi dilain lembaran dan lain info untuk u all....